Penandaan harga ubat: KPDN yakin tidak berlaku manipulasi harga

Penandaan harga ubat: KPDN yakin tidak berlaku manipulasi harga

AZMAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yakin pelaksanaan penandaan harga ubat bermula 1 Mei tidak akan menyebabkan berlakunya manipulasi harga.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, isu seperti manipulasi harga seharusnya tidak timbul kerana rata-rata industri farmasi dan fasiliti kesihatan swasta di negara ini diyakini bersikap profesional, matang serta beretika dalam melaksanakan perniagaan mereka.

“Kita tidak pernah melarang atau tidak pernah ada cadangan untuk mengawal harga ubat. Apa yang sedang dijual oleh klinik dan farmasi, (mereka) jual lah. Apa yang diperlukan melalui peraturan ini adalah mereka dikehendaki untuk menandakan harga ubat tersebut.

“Jadi, tidak perlu mereka berfikir untuk memanipulasi harga atau (cuba) mengalihkan kos kepada perkara-perkara lain. Saya yakin perkara itu tidak berlaku dan kemungkinan (ia berlaku) sangat tipis. Jangan terlalu risau kerana industri ini adalah matang dan berhemah dan kita pula ada tataetika tinggi dalam melaksanakan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sesi taklimat media berhubung inisiatif pemaparan harga ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, semua kemudahan jagaan kesihatan swasta yang menjual, membekalkan atau memberikan ubat-ubatan serta farmasi komuniti perlu meletakkan tanda harga ubat di bawah pelaksanaan inisiatif Penandaan Harga Ubat di Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta dan Farmasi Komuniti kerjasama antara KKM dan KPDN.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) KKM, Dr. Azuana Ramli memaklumkan bahawa KKM belum mempunyai perancangan untuk menguatkuasakan kawalan bagi harga ubat.

Jelasnya, ketika ini, fokus kementerian adalah tertumpu kepada ketelusan harga ubat supaya pengguna boleh merancang dan memilih ubat-ubatan yang mereka ingin gunakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya