Pemotong rumput tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

Pemotong rumput tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

CHE Mazlan Abdul Hamid melihat keadaan rumahnya yang hangus di Kampung Kubang Edang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemotong rumput tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Kubang Edang, Peringat di sini, terbakar buat kali kedua dalam tempoh tujuh tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi semalam, mangsa, Che Mazlan Che Abdul Hamid, 41, yang sedang tidur di dalam rumah itu bersama pekerjanya bertempiaran lari selepas berasa bahang panas dari dalam sebuah bilik.

Katanya, dia sempat mengambil getah yang disambung pada paip untuk memadam api yang sedang marak sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.

“Saya bergegas menyelamat mesin rumput dan mesin gergaji dianggarkan bernilai lebih RM1,500 yang berada di dalam sebuah bilik. Semua barang lain, sedikit wang tunai untuk bayaran gaji rakan saya dan barang elektrik tidak sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Che Mazlan berkata, rumahnya itu pernah musnah dijilat api pada 2018 dan proses membaik pulih kediaman tersebut mengambil masa tiga bulan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dia mengalami kerugian yang dianggarkan lebih RM50,000 termasuk rumah, barangan elektrik dan perabot.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Rafzan Azua Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.26 pagi sebelum enam anggota ke lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya