Pemilihan PKR: Medan pilih pemimpin baru, perkukuh demokrasi parti

Pemilihan PKR: Medan pilih pemimpin baru, perkukuh demokrasi parti

Ramanan Ramakrishnan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilihan PKR kali ini bukan sahaja menjadi medan untuk memilih kepimpinan baharu, malah mencerminkan kematangan demokrasi dalam parti yang menjunjung prinsip keadilan dan reformasi sejak penubuhannya.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan yang menawarkan diri jawatan Naib Presiden berkata, pemilihan ini meru

satu manifestasi kekuatan akar umbi dan semangat perpaduan dalam kalangan anggota parti.

“Parti kita keluarga kita. Sebagai sebuah parti yang berteraskan pelbagai kaum dan agama, PKR sudah dan telah melalui dan merentasi pelbagai cabaran dan halangan dari dalam dan luar parti. Pemilihan Parti bukanlah satu proses yang baru untuk kita semua.

“PKR adalah parti reformasi yang sentiasa meraikan perbezaan pandangan. Namun, yang paling penting, kita kekal bersatu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia Madani “, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang Ahli Parlimen Sungai dan Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR turut menyeru semua anggota dan calon agar menjadikan proses pemilihan ini sebagai medan memperkukuhkan lagi parti bagi mengharungi cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN), Pilihan Raya Umum (PRU) serta memastikan parti meraikan proses demokrasi.

“Pemilihan ini bukan sekadar soal jawatan. Ia adalah tentang hala tuju masa depan PKR. Kita harus pastikan suara rakyat terus menjadi nadi perjuangan parti. Segala-galanya bermula dari suara akar umbi. Suara mereka adalah nadi utama kekutan parti,” katanya.

Ramanan turut menzahirkan keyakinan perpaduan dan kesetiaan terhadap idealisme reformasi akan memperkukuhkan kedudukan PKR sebagai peneraju dalam landskap politik negara.

“Bersama Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita harus mara sebagai satu pasukan. Kita hanya ada satu pasukan dalam parti ini. Perbezaan adalah kekuatan, dan demokrasi dalaman adalah bukti kematangan parti ini,” ujarnya.

Pemilihan PKR tahun ini dilihat sebagai detik penting dalam menentukan saf kepimpinan yang mampu menggalas cabaran masa depan, khususnya dalam memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN