Pemberi maklumat skandal rasuah Sabah bimbang keselamatan diri

Pemberi maklumat skandal rasuah Sabah bimbang keselamatan diri

Latheefa Koya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemberi maklumat skandal rasuah Sabah membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya selepas insiden penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh.

Peguam Latheefa Koya berkata, anak guamnya dikenali sebagai encik A hari ini telah membuat laporan polis pada hari ini di Ibu Pejabat Balai Polis daerah ini. 

“Laporan polis hari ini dibuat untuk melindungi keselamatan dirinya supaya jika sesuatu kejadian berlaku kepada encik A, pihak polis tahu bahawa beliau tidak menghilangkan diri. 

“Ini bukan bayangan atau sangkaan semata-mata. Ancaman ini nyata dan kita khuatir ia boleh berlaku sebagaimana kes penculikan Datin Seri Pamela baru-baru ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, ancaman diterima individu itu mula berlaku sejak beliau terlibat mendedahkan bukti rasuah membabitkan pemimpin negeri Sabah.

“Anak guamnya itu telah menerima ugutan bunuh sejak November tahun lepas. Dia turut menerima mesej berkaitan kematian bekas pemimpin Jepun Shinzo Abe sebagai peringatan agar berhenti bersuara mengenai kes tersebut,” katanya.

Menurut Latheefa persamaan situasi Pamela dan Encik A amat membimbangkan kerana kedua-duanya adalah individu yang pernah memberi keterangan berulang kali kepada pihak penyiasat SPRM.

Tambahnya, individu terbabit telah membuat laporan polis pada November 2024 selepas menerima ugutan bunuh.

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil selepas laporan terbabit dibuat. 

Sebelum ini, media melaporkan SPRM mengesahkan bahawa seorang pemberi maklumat berkenaan kes klip video yang memaparkan beberapa ADUN membincangkan isu rasuah telah berjumpa dengan pegawai suruhanjaya itu pada 30 Okt lalu.

Ketika pertemuan tersebut, peguam kepada pemberi maklumat itu hanya memainkan rakaman audio berdurasi 17 saat yang memperdengarkan perbincangan beberapa individu mengenai sejumlah wang.

Azam menggesa pemberi maklumat itu untuk membuat laporan rasmi kepada SPRM bagi membolehkan proses perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dimulakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN