KUALA KEDAH: Pembelian tiket feri ke Langkawi bagi laluan Kuala Kedah dan Kuala Perlis melonjak secara mendadak sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada 20 hingga 24 Mei ini. Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. (Ferry Line), Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, setakat ini sejumlah 40,000 tiket terjual untuk perjalanan sepanjang tempoh tersebut bagi kedua-dua laluan berkenaan. “Masih ada baki anggaran 10,000 tiket. Sekiranya permintaan itu menggalakkan, kita akan lanjutkan tempoh pengoperasian feri sehingga pukul 12 tengah malam untuk laluan Kuala Perlis ke Langkawi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya