Pembeli kesal, projek perumahan gagal disiapkan

Pembeli kesal, projek perumahan gagal disiapkan

SEBAHAGIAN pembeli rumah di sebuah projek perumahan di Lenggeng, Seremban Mendesak supaya pihak pemaju menyegerakan pembinaan projek berkenaan.-UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 200 orang pembeli rumah sebuah projek taman perumahan di Lenggeng di sini kesal apabila kediaman diimpikan mereka gagal disiapkan pemaju.

Mereka mendakwa projek perumahan berkenaan sepatutnya siap pada Januari lalu namun perkara itu tidak berlaku.

Tambah mereka, pemaju telah memberikan tarikh baharu untuk projek berkenaan dijankan disiapkan iaitu pada bulan Mac tahun hadapan namun pembeli tetap tidak yakin dengan ‘janji’ baharu tersebut.

Wakil pembeli, Raz Nawi berkata, walaupun kerja pembinaan telah disambung semula sejak hujung bulan Mac lalu namun kemajuan yang ditunjukkan amat perlahan.

“Kami dapati kerja-kerja pembinaan dari April hingga kini terlalu perlahan dan tidak selari dengan jangkaan. Kami bimbang projek ini tidak akan disiapkan menjelang Mac 2026 seperti dijanjikan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, kebanyakan pembeli kini menanggung beban kewangan kerana terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan dan sewa rumah secara serentak.

Katanya, masalah tersebut juga telah dibawa pembeli untuk perhatian pihak berwajib seperti Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan wakil rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN