TELUK INTAN: Pemandu lori yang terlibat dalam nahas tragis mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memindahkan dua ekor lembu curi. Tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi berusia 45 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah memindahkan harta curi iaitu seekor lembu jantan berwarna hitam baka KK Cros dan seekor lembu jantan berwarna putih baka Brahman milik seorang lelaki warga emas berusia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya