KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini semalam memutuskan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang merempuh motosikal dinaiki pasangan suami isteri sehingga mangsa parah berhampiran Plaza Tol Duta, Sabtu lalu dihukum penjara 30 hari dan didenda RM12,000. Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, K. Darmaraju, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan memerintahkan tempoh penjara tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 10 Mei lalu manakala mahkamah turut membatalkan lesen memandunya selama lima tahun. Tertuduh hilang kelayakan untuk memiliki lesen memandu bagi tempoh sama dan mahkamah turut memerintahkan lelaki itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya