Pemandu e-hailing ditahan raba remaja 16 tahun

Pemandu e-hailing ditahan raba remaja 16 tahun

SITI KAMSIAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu e-hailing ditahan selepas melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di tepi jalan kawasan padang di Ampang dekat sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mereka sedang berbual apabila mangsa mengadu tertekan ketika belajar di sekolah semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, ketika kejadian, remaja perempuan berusia 16 tahun itu sedang menunggu bapanya sebelum didatangi lelaki berusia 38 tahun bertanya mengapa mangsa berada di situ.

Menurutnya, mangsa memberitahu sedang menunggu bapanya sebelum mereka sempat berbual seketika namun lelaki itu menyentuh pipi dan pergelangan kaki mangsa.

“Suspek juga menepuk bahu mangsa ketika remaja terbabit mengadu mengalami tekanan di sekolah malah suspek cuba memeluknya menyebabkan dia berasa tidak selesa.

“Mangsa kemudian terus melarikan diri kerana takut sementara suspek pulang ke rumahnya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kamsiah berkata, mangsa kemudian menceritakan kepada bapanya sebelum mereka tampil membuat laporan polis.

“Susulan itu, suspek ditahan semalam dan direman seminggu sehingga 9 Mei ini.

“Kes disiasat Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya