Peluang baca khutbah cetus keyakinan terhadap belia

Peluang baca khutbah cetus keyakinan terhadap belia

SYED Muhammad Hazwan Syed Azmai menyantuni jemaah Masjid Ubudiah Kuala Kangsar selepas selesai solat Jumaat di Kuala Kangsar, Perak, semalam. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi peluang kepada belia menyampaikan khutbah Jumaat di masjid di negeri itu merupakan satu pengiktirafan institusi kesultanan terhadap golongan muda.

Imam Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Syed Muhammad Hazwan Syed Azmai berkata, perkenan Tuanku itu merupakan sesuatu yang besar buat golongan muda dengan memainkan peranan penting bagi memimpin solat.

“Ini satu pengiktirafan peranan dan potensi belia. Keputusan ini mencetuskan keyakinan diri dalam kalangan orang muda.

“Terutama untuk menyampaikan mesej-mesej dakwah serta melatih belia untuk berkomunikasi di hadapan masyarakat dan memimpin,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Khutbah solat Jumaat di Perak semalam bertajuk Belia Berkeyakinan: Memenuhi Wawasan Dunia Akhirat sebagai menyambut Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Syed Muhammad Hazwan yang berasal dari Ipoh berusia 37 tahun telah menjadi Imam di masjid ternama tersebut sejak tahun 2018 dan turut membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat.

Antara kandungan khutbah yang dibacakan ialah tentang sifat, peranan dan kepentingan golongan muda dalam masyarakat serta usaha-usaha untuk memperkasakan belia.

“Para belia hendaklah bijak mengambil peluang, menggunakan masa muda sebaik-baiknya, berusaha meningkatkan ilmu, menyebarkan kebaikan, serta mengerjakan amal bakti dan amal jariah yang boleh membawa manfaat kepada diri, ummah, negara serta dunia,” menurut khutbah itu.

Sultan Nazrin memperkenan untuk memberi penghormatan kepada golongan belia untuk membaca khutbah Jumaat di 81 masjid seluruh negeri hari ini bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN