Pelan tindakan ASEAN tangani isu-isu beli

Pelan tindakan ASEAN tangani isu-isu belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelan tindakan ASEAN berkaitan belia mampu menghasilkan sebuah rangka kerja bagi menangani kebimbangan serta isu-isu berbangkit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil kira setiap kenyataan berhubung isu-isu belia, sekali gus menyifatkan golongan tersebut telah bersedia dengan pembentangan isu-isu yang lebih substantif berkaitan kestabilan dan penjajaran.

“Apa yang penting ialah agar belia menjadi lebih berkesan dalam mengekspresikan suara mereka .

“Jadi, pelan kerja ASEAN mengenai belia nampaknya dapat menyediakan rangka kerja untuk menangani banyak isu dan kebimbangan ini,” katanya dalam ucapan pembukaan sebelum sesi dialog bersama wakil belia ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut memuji langkah semua pihak dalam meningkatkan penyertaan belia, namun berpandangan usaha tersebut perlu dipertingkat lagi.

“Kita masih perlu meningkatkan kehadiran golongan belia, memberi ruang untuk mereka menyuarakan pandangan, dan dalam kesempatan ini, kita semua perlu mendengar.

“Bagi pihak rakan sekerja saya, negara anggota, dan pemimpin, saya mengucapkan terima kasih atas penyertaan mereka. Lebih-lebih lagi kami merasakan begitu banyak harapan daripada anda, bukan sahaja dari negara anda, tetapi juga dari kedua-dua teras ASEAN yang sangat padu dan kukuh,” ujarnya.

Anwar dalam masa yang sama mengingatkan kejayaan dan komitmen yang dicapai hari ini hasil hubungan baik semua pihak.

“Kami berkomunikasi dengan mereka, kami belajar daripada mereka dan sudah tentu, kerana ini, kami dapat membuat keputusan dengan cepat dan pantas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN