Pelan Induk APSC 2025 tanda aras kerjasama ASEAN dalam aspek keselamatan, politik - Utusan Malaysia

Pelan Induk APSC 2025 tanda aras kerjasama ASEAN dalam aspek keselamatan, politik

Datuk Seri Mohamad Hasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelan Induk Komuniti Politik-Keselamatan (APSC 2045) bakal menjadi tanda aras  penting bagi kerjasama bidang tersebut untuk dua dekad akan datang dengan berteraskan nilai  keamanan, ketahanan, dan pembangunan berpusatkan rakyat.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad berkata, badan sektoral ASEAN di bawah tonggak APSC perlu memanfaatkan bidang kerjasama dan inisiatif yang digariskan untuk memperkukuh keupayaan kolektif ASEAN bagi menangani cabaran keselamatan dan rentas negara yang semakin berkembang.

Justeru katanya, ASEAN perlu mengenal pasti rakan kerjasama yang boleh menyokong usaha ke arah matlamat tersebut. 

“Kita juga perlu memastikan bahawa institusi-institusi kita kekal relevan, berpandangan jauh dan inklusif.

“Perkara ini amat penting sekiranya kita ingin mencapai matlamat bersama untuk menjamin sebuah rantau yang selamat, terjamin dan aman untuk semua rakyat ASEAN,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Majlis Komuniti  Politik- Keselamatan (APSC) Ke-29 hari ini. 

Mohamad dalam masa yang sama berkata, sebagai Pengerusi ASEAN Malaysia telah mengenal pasti keutamaan bagi memperkukuh kerjasama ASEAN dalam bidang seperti dialog dan kepercayaan strategik, jenayah rentas negara, pertahanan, dan kerjasama perundangan.

“Malaysia komited untuk bekerjasama rapat dengan semua Negara Anggota ASEAN bagi memastikan Komuniti kita kekal padu, responsif dan bersedia menghadapi masa depan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN