Pelamin bahagia sudah ready - Utusan Malaysia

Pelamin bahagia sudah ready

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACAM tidak percaya, tapi macam kena percaya pun ada. Ini desas desus mengenai pasangan ‘viral’, pelakon sensasi Fattah Amin dan Amira Othman yang menjadi pujaan ramai pada waktu ini. 

Kononnya, menurut khabar yang Cik Bunga terima, pasangan ini sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya. Fasa apa? Fasa perkahwinanlah dik! Sebab itulah Cik Bunga cakap tadi, macam tidak percaya. 

Sebab, mulanya kita ingat kemesraan dan kemanisan yang ditunjukkan oleh Fattah dan Amira ini sekadar mengisi bahan kandungan di media sosial sahaja atau orang kata ‘marketing’. 

Tetapi kalau sudah ada yang beritahu tentang hasrat mereka untuk berkahwin, Cik Bunga pun jadi teruja jugalah. Maksudnya, tak sangkalah hubungan itu menjadi meskipun awalnya mungkin orang sangka sekadar permainan media sosial. 

Tetapi, hal ini belum benar-benar dapat disahihkan kerana apa yang Cik Bunga dengar itu pun, macam 50 -50. Tuan tubuh memang ada sebut yang dia bakal kongsikan satu berita gembira tidak lama lagi. 

Jadi, mungkin disebabkan itu ramai sangka Fattah dan Amira hendak kongsikan mengenai hasrat mereka untuk langsungkan pernikahan. Iyalah, sudah ke sana ke mari orang puja dan raikan mereka sebagai pasangan bercinta. 

Kiranya ramai sudah restulah jika mereka benar-benar kahwin. Kalau tidak jadi, hampalah rakyat Malaysia ini yang suka tengok pasangan serasi ini. 

Kita tunggu sahajalah. Andai perkara ini betul, tidak salah pun duda hot macam Fattah berkahwin lagi. Apa lagi dengan wanita semanis dan seayu Amira. Cik Bunga restu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya