Pelaburan MBI: Seorang lagi Tan Sri ditahan dipercayai proksi 

Pelaburan MBI: Seorang lagi Tan Sri ditahan dipercayai proksi 

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lagi individu bergelar Tan Sri ditahan polis hari ini dipercayai  mempunyai kaitan dengan pengasas skim penipuan pelaburan MBI International Group (MBI).

Sumber berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di tepi jalan di Pulau Pinang kira-kira pukul 2 pagi tadi. 

Katanya, suspek dipercayai berperanan sebagai rakan kongsi atau proksi yang menerima wang daripada dalang sindiket tersebut untuk ‘mencuci duit’ hasil kegiatan haram tersebut. 

“Ketika ditahan, suspek dipercayai baru pulang ke Malaysia melalui pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Setakat ini pihak polis akan mendapatkan reman terhadap suspek hari ini di Lokap Berpusat Jinjang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Tan sri tersebut direman 5 hari bermula hari ini hingga 5 Mei

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali mengesahkan tangkapan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Difahamkan, setakat ini tiada sebarang penggeledahan dan rampasan dibuat terhadap suspek. 

Turut difahamkan suspek merupakan pengerusi sebuah syarikat hartanah di Pulau Pinang.

Media sebelum ini melaporkan tiga dusun durian, hotel, syarikat pemaju dan kilang pemprosesan kelapa sawit antara aset baru dibeku dan disita kerana disyaki terbabit jenayah pengubahan wang haram berkait skim pelaburan Ponzi di sebuah negara jiran dinamakan pelaburan MBI.

Ia susulan Op Northern Star siri kedua yang dijalankan di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air bermula 18 April hingga 21 April lalu dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang bergelar Tan Sri dan seorang lagi Datuk Seri.

Muhammed Hasbullah dilaporkan berkata, menerusi operasi siri kedua itu, pihaknya menyita tiga dusun durian di Raub, Pahang; Jawi, Pulau Pinang; dan Tasek, Kedah dengan keseluruhan keluasan 363 hektar bernilai RM223.6 juta.

Menurutnya, sebanyak 299 akaun bank bernilai lebih RM12.6 juta bersama 12 kenderaan mewah turut disita dalam operasi kedua.

“Aset yang disita itu dipercayai hasil perolehan haram berkaitan penipuan pelaburan terbabit dengan jumlah keseluruhan pembekuan dan penyitaan dalam dua siri operasi itu sebanyak RM3.5 bilion.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya