Pecah tabung lima masjid, dua lelaki ditahan

Pecah tabung lima masjid, dua lelaki ditahan

MUHAMAD Mustafah Hussin menunjukkan tabung besi masjid yang dipercayai dilarikan oleh kedua-dua suspek bersama barang-barang yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut pada sidang akhbar di Kuala Pilah hari ini.UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Dua lelaki ditangkap polis semalam selepas dipercayai terbabit dalam jenayah pecah tabung masjid di lima lokasi di daerah ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kedua-duanya yang berusia lingkungan 19 hingga awal 20-an itu ditangkap di rumah keluarga masing-masing di sini dalam dua serbuan berasingan.

Menurutnya, pihak polis juga berjaya merampas semula dua buah tabung besi serta wang sebanyak RM120 yang disyaki milik masjid-masjid yang dipecah masuk.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis turut  merampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan semasa jenayah terbabit. 

“Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan semasa modus operandi antaranya, satu unit gerudi tangan dan sebatang besi yang telah diubah suai.

“Hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam semua lima kejadian pecah tabung masjid di Kuala Pilah dan Jelebu” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Ujar Muhamad Mustafah lagi, kedua-dua suspek mengakui melakukan jenayah berkenaan bermula dari tengah malam sehingga sebelum subuh dan menyasarkan tabung masjid yang mudah diumpil.

Kedua-dua suspek bagaimanapun tiada memegang sebarang rekod jenayah lampau dan keputusan air kencing mereka juga negatif dadah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama dua hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN