PBT wajib tubuh Unit Integriti selewatnya 31 Ogos

PBT wajib tubuh Unit Integriti selewatnya 31 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diwajibkan menubuhkan Unit Integriti (UI) selewat-lewatnya 31 Ogos ini dalam usaha  memperkukuh integriti pentadbiran.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, semua pegawai penghubung (LO) di PBT kini dikehendaki melapor terus kepada UI di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri dan bukan lagi kepada yang dipertua sebagai langkah memperkemas struktur pelaporan.

“Pendekatan ini bertujuan mengukuhkan autonomi pelaporan serta meningkatkan ketelusan urus tadbir integriti di peringkat negeri,” menurut SPRM dalam kenyataan.

SPRM memaklumkan, perkara itu merupakan antara keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah diarahkan menyemak semula beberapa bahagian penting dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) termasuk perkara berkaitan penerimaan tajaan pihak luar untuk program kerjasama pintar sebagai langkah penambahbaikan dasar agar lebih telus dan berintegriti.

Kementerian Kewangan pula diminta mempertimbangkan garis panduan “Do’s and Don’ts” Pelaksanaan Perolehan yang disediakan oleh Urus Setia JTK Peringkat Nasional untuk dijadikan rujukan rasmi, digubal sebagai pekeliling dan diedarkan ke semua agensi untuk diguna pakai secara menyeluruh.

Menurut SPRM, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua ketua setiausaha (KSU) agar segera melaporkan sebarang kes rasuah diketahui di kementerian masing-masing.

Katanya, ia merupakan satu daripada indikator penting dalam Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP), sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh budaya antirasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya