Parah ditikam dan dikelar rakan kerana hutang 

Parah ditikam dan dikelar rakan kerana hutang 

KEADAAN mangsa berusia 17 tahun yang kini dirawat di Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan parah akibat tikaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang remaja lelaki parah selepas ditikam dan dikelar oleh kenalannya sendiri dalam kejadian di Jalan Sum 1, Kampung Paya Sum di sini, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi selepas berlaku pertengkaran antara mereka dipercayai berpunca daripada hutang lama yang belum dilunaskan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 17 tahun mengalami kecederaan parah akibat tikaman dan kini dirawat di Hospital Melaka.

“Suspek turut mengalami kecederaan akibat pergelutan, menerima rawatan di zon kuning hospital sama dan siasatan awal mendapati, pergaduhan antara kedua-dua individu berlaku selepas perselisihan faham berkaitan hutang.

“Ketika bergaduh, suspek dipercayai bertindak menikam dam mengelar mangsa menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan kecederaan serius,” katanya.

Tambah Christopher, suspek turut membuat laporan palsu dengan mendakwa mangsa ditikam oleh dua lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.

“Namun, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah samun berlaku, sebaliknya ia adalah insiden pergaduhan melibatkan dua individu yang saling mengenali.

“Hasil risikan membawa kepada penahanan suspek di sebuah rumah di Taman Pahlawan, Sungai Udang pada pukul 6.15 petang hari sama,” katanya.

Tambahnya, siasatan mendapati suspek yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu memiliki sembilan rekod lampau berkaitan kes perjudian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN