PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri (TKM) II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 17 pertuduhan salah guna kedudukan ketika menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHPP).
Beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.-
Berita lanjut menyusul.