Nahas trak FRU, pemandu lori muatan batu turut maut

Pemandu trak FRU turut terkorban

FRU
KEADAAN lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori yang terbabit kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pemandu trak FRU yang terlibat nahas mengorbankan lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Sungai Lampam di sini hari ini, dilaporkan turut meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Sayani, maklumat terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu seramai sembilan orang.

“Difahamkan, jumlah anggota FRU yang terlibat dalam kemalangan itu ialah seramai 18 orang di mana lapan daripadanya maut dan 10 orang lagi cedera.

“Pemandu lori FRU yang turut mengalami kecederaan parah juga telah disahkan maut sebentar tadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN