Murid darjah lima tersepit kaki lebih 40 minit di longkang sekolah

Murid darjah lima tersepit kaki lebih 40 minit di longkang sekolah

ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin menyelamatkan seorang murid lelaki yang kakinya tersepit pada besi longkang di SK Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang murid lelaki darjah lima melalui detik cemas apabila kakinya tersepit lebih 40 minit pada besi longkang di Sekolah Kebangsaan (SK) Jasin di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.19 pagi itu, mangsa dikatakan sedang bermain berhampiran longkang sebelum tergelincir, lantas menyebabkan kakinya tersepit di celah besi penutup saluran berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II Azizul Ali yang mengetuai operasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru wanita sebelum sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi dengan sebuah jentera.

“Sebaik tiba di lokasi pukul 11.21 pagi, kami mendapati seorang murid lelaki dalam keadaan terbaring dengan kaki kanannya tersepit di celah besi longkang.

“Pasukan kami segera menjalankan kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka celahan besi tanpa mencederakan mangsa,” katanya.

Tambah Azizul, usaha menyelamat mengambil masa lebih 40 minit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan sepenuhnya kira-kira pukul 12.02 tengah hari.

“Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, namun berada dalam keadaan terkejut.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN