Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) Yeong Hwa di sini apabila sebuah helikopter milik kerajaan melakukan pendaratan kecemasan di padang sekolah berkenaan baru-baru iin, susulan cuaca buruk yang menghalang pesawat itu daripada mendarat di destinasi asalnya di Ipoh.
Helikopter yang diterbangkan oleh Kapten Fairul Mohd. Shukor itu membawa pasukan perubatan dan rawatan kesihatan Orang Asli dari Unit Doktor Udara Ulu Kinta, yang baru pulang daripada menjalankan misi kemanusiaan di perkampungan Orang Asli sekitar Gerik.
Menurut sumber, keputusan untuk mendarat di Lenggong dibuat atas faktor keselamatan kerana cuaca tidak mengizinkan.
Padang SJK(C) Yeong Hwa yang kebetulan kosong dan luas dijadikan lokasi alternatif pendaratan sementara.
Kehadiran helikopter itu mencetuskan keterujaan dalam kalangan warga sekolah. Murid-murid kelihatan begitu kagum dan teruja melihat pesawat tersebut dari jarak dekat. – UTUSAN