Monsun Barat Daya dijangka berterusan hingga September

Monsun Barat Daya dijangka berterusan hingga September

MetMalaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangka Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei 2025 dan berterusan sehingga September ini. 

Dalam suatu kenyataan, MET Malaysia memaklumkan bahawa sepanjang tempoh monsun ini, taburan hujan dijangka rendah di kebanyakan tempat.

“Keadaan cuaca yang lebih kering ini akan menyebabkan fenomena jerebu terutamanya sekiranya berlaku pembakaran terbuka yang tidak terkawal,” katanya hari ini. 

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan digalakkan menggunakan air secara berhemah bagi menghadapi musim kering itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN