Melaka Titans tampil tanpa tekanan kejuaraan

Melaka Titans tampil tanpa tekanan kejuaraan

AKRAMUDDIN Abdul Aziz bersama barisan pemain Melaka Titans yang kini bersiap sedia membawa cabaran Melaka dalam saingan STL Division 1 di majlis pengenalan barisan pemain di Alai, Melaka, malam tadi. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasukan Melaka Titans tidak meletakkan sebarang sasaran besar dalam saingan Liga Sepaktakraw (STL) Divisyen 1 musim ini, sebaliknya memilih pendekatan lebih santai bagi mengelakkan tekanan berlebihan ke atas pemain.

Yang Dipertua Persatuan Sepaktakraw Melaka, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, fokus utama pasukan kali ini adalah untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap perlawanan yang diharungi.

“Kita tidak mahu pemain terbeban dengan sasaran kejuaraan kerana yang penting adalah tumpuan dan semangat juang setiap kali turun ke gelanggang.

“Satu perlawanan, satu kemenangan, itu prinsip yang kita pegang,” katanya pada sidang akhbar sempena pengenalan barisan pemain Melaka Titans di Alai, di sini, malam tadi.

Bagi memperkukuh skuad, Melaka Titans membawa masuk dua pemain import dari Thailand iaitu Yodsanon Laemthaisong (apit kanan) dan Khathadet Srichan (tekong).

“Kedua-dua pemain ini berpengalaman luas dalam kejohanan besar di Thailand dan kehadiran mereka diharap mampu meningkatkan prestasi pasukan.

“Kami turut menyandarkan beberapa pemain utama tempatan antaranya Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Muhammad Zaim Razali dan Muhammad Danial Zakwan Mohd Hairol (apit kiri), serta Adam Ameerul Khairul Anuar dan Muhammad Asyraaf Zawawi (apit kanan),” ujar Akramuddin.

Bagaimanapun katanya, tonggak negara, Azlan Alias tidak dapat diturunkan kerana masih menjalani rawatan di Akademi Sepaktakraw Malaysia (ASTAF) susulan kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN