Mayat kanak-kanak perempuan terapung di Sungai Skudai

Mayat kanak-kanak perempuan terapung di Sungai Skudai

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan terapung di Sungai Skudai di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Sing Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima maklumat tentang penemuan mayat kanak-kanak yang dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun itu pada pukul 9.41 pagi daripada seorang lelaki berumur 70 tahun.

“Ketika ditemui, mangsa memakai gelang pada kaki kiri yang tertera logo ‘Love’ serta tulisan ‘IV’. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyedari kehilangan anak atau ahli keluarga yang sepadan dengan keterangan mangsa diminta tampil membuat laporan polis dan maklumat boleh disalurkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Kanan Bomba Shahril Suboh berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 10.28 pagi.

“Anggota bomba membantu pihak polis membawa mangsa menggunakan pengusung. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN