Matta Fair Pulau Pinang 2025 sasar jualan RM78 juta 

Matta Fair Pulau Pinang 2025 sasar jualan RM78 juta 

NIGEL Wong ketika sidang akhbar mengenai penganjuran MATTA FAIR Pulau Pinang 2025 di George Town, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang menyasarkan jualan pakej pelancongan berjumlah RM78 juta pada MATTA Fair Pulau Pinang yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini pada 24 hingga 25 Mei ini. 

Presiden MATTA, Nigel Wong berkata, sebanyak 270 ruang pameran yang mempromosikan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar Pulau Pinang bersedia untuk menemui pelanggan yang mencari-cari pakej pelancongan idaman masing-masing.

“Pada tahun ini kami menyasarkan jualan sehingga RM78 juta dengan jumlah pengunjung dijangka sekitar 45,000 orang.

“Kami yakin jumlah ini adalah realistik untuk dicapai memandangkan tahun lalu jumlah jualan yang berjaya dicapai ialah RM35 juta dengan pengunjung sekitar 40,000 orang,” katanya ketika sidang akhbar Matta Fair Penang 2025 di sini semalam.

Wong berkata, buat pertama kali dalam sejarah MATTA Fair Pulau Pinang juga, seksyen bahagian domestik akan diperkenalkan khusus untuk menonjolkan pelbagai pakej dan produk pelancongan Malaysia.

“Bahagian baharu ini akan menonjolkan pengalaman daripada pengembaraan eko di Sarawak kepada perjalanan kulinari di Johor, percutian keluarga di Terengganu dan denai warisan di Pulau Pinang. 

“Inisiatif ini menekankan komitmen MATTA untuk mempromosi pelancongan tempatan dan menggalakkan penerokaan destinasi yang kurang dikenali di seluruh Malaysia,” katanya yang memberitahu, sebagai rakan strategik untuk kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), MATTA akan terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pelancongan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN