Malaysia, Thailand bincang hidupkan semula kereta api Bangkok-Butterworth

Malaysia, Thailand bincang hidupkan semula kereta api Bangkok-Butterworth

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Thailand mengadakan perbincangan untuk meluaskan landasan kereta api terutama di Bangkok dan Butterworth serta kemungkinan sambungan terus ke Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu merupakan antara perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Suriya Juangroongruangkit baru-baru ini.

Katanya, pertemuannya itu juga menyentuh cadangan penubuhan Jawatankuasa Menteri Bersama Malaysia-Thailand mengenai Kerjasama Pengangkutan sebagai platform antara dua kementerian untuk membincangkan isu dasar dan operasi secara berkala.

“Selain itu, kami membincangkan langkah-langkah untuk menghidupkan semula perkhidmatan kereta api penumpang antara Bangkok dan Butterworth, serta kemungkinan sambungan terus ke Kuala Lumpur.

“Usaha mengaktifkan semula landasan Golok-Rantau Panjang turut dibincang bagi memudahkan pergerakan penumpang dan kargo rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anthony berkata, kerjasama itu penting dalam merealisasikan integrasi sistem rel serantau dan impian Rangkaian Keretapi Pan-Asia.

“Ia selari dengan hasrat Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk memperkukuh kesalinghubungan dan perdagangan intra-ASEAN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya