Malaysia imbangi hubungan erat AS, negara lain 

Malaysia imbangi hubungan erat AS, negara lain 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu mengimbangkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) serta negara lain demi memacu pertumbuhan serantau. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting kepada kerajaan untuk memangkin usaha menyusun semula struktur ekonomi negara.

Selain itu katanya, ia juga dapat  membina asas yang lebih kukuh, kalis cabaran dan berdaya saing dalam dunia yang kian tidak menentu

“Petang tadi saya mempengerusikan mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) untuk membincangkan strategi memperkukuh kedudukan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

“Mesyuarat ini diadakan susulan pertemuan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dengan Setiausaha Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS minggu lalu, yang menjadi langkah penting dalam memastikan suara Malaysia terus didengari dalam landskap perdagangan global yang semakin mencabar,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS Howard, Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer minggu lepas untuk membincangkan isu tarif perdagangan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya