Malaysia bersedia main peranan redakan konflik Pakistan-India

Malaysia bersedia main peranan redakan konflik Pakistan-India

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan dalam meredakan ketegangan antara Pakistan dan India susulan insiden serangan berdarah di wilayah Kashmir baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia memandang serius perkembangan itu dan sedia menawarkan bantuan yang diperlukan bagi memastikan keamanan serta kestabilan serantau terus terpelihara.

“Malaysia bersedia memainkan peranan sewajarnya ke arah meredakan ketegangan sekiranya diperlukan. 

“Hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan demi keamanan dan kestabilan serantau,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.

Anwar berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif semalam yang memaklumkan penangguhan lawatan rasmi pemimpin itu ke Malaysia yang dijadualkan  pada Jumaat ini.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata, beliau memberikan sokongan penuh terhadap cadangan mengadakan siasatan bebas dan telus bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing,” katanya.

Serangan pada 22 April lalu di Pahalgam, Jammu dan Kashmir yang menyasarkan pelancong Hindu telah mengorbankan 26 orang dan mencederakan lebih 20 yang lain.

Kumpulan militan The Resistance Front yang dikaitkan dengan Lashkar-e-Taiba mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik antara New Delhi dan Islamabad.

Sementara itu, jelas Anwar, dalam perbualan tersebut, Perdana Menteri Pakistan turut menyuarakan penghargaan terhadap hubungan erat kedua-dua negara dan hasrat untuk mempercepatkan pemeteraian memorandum persefahaman yang sedang dirunding.

“Insya-Allah, apabila keadaan mengizinkan, kita akan menyambut Perdana Menteri Shehbaz di Malaysia dalam suasana aman dan tenteram,” kata Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya