Majoriti pemegang taruh setuju papar harga ubat

Majoriti pemegang taruh setuju papar harga ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majoriti pemegang taruh yang terlibat dalam sesi libat urus sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan inisiatif pemaparan harga ubat.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Azuana Ramli berkata, bagaimanapun, beliau mengakui terdapat sebilangan yang membantah dan meluahkan rasa kebimbangan mereka terhadap pelaksanaan langkah tersebut.

“Kita dah ada sesi libat urus dan daripada sesi libat urus jelas yang majoriti pemegang taruh bersetuju untuk pemaparan harga ubat, kita semua pengguna kan. Kita ikut majoriti.

“Tapi saya faham ada sebilangan pemegang taruh yang membantah dan ada juga yang meluahkan kebimbangan mereka. Ada yang bimbang tentang cara penguatkuasaan, bila nak dilaksanakan dan sebagainya.

“Tapi saya rasa kumpulan itu mungkin ada juga yang sebenarnya menyokong untuk (pelaksanaan), tapi mungkin ada isu-isu lain yang mereka risaukan,” katanya menerusi sesi taklimat media berhubung inisiatif pemaparan harga ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) di sini hari ini.

Tedahulu, media melaporkan sekumpulan pengamal perubatan swasta akan mengadakan perarakan bagi membantah penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dalam penguatkuasaan paparan harga ubat yang dilaksanakan kerajaan mulai 1 Mei.

Perarakan dijadualkan bermula dari bangunan KKM menuju ke Pejabat Perdana Menteri pada 6 Mei ini membabitkan pengamal perubatan sektor swasta dari seluruh negara.

Perarakan bantahan itu dianjurkan oleh bahagian Pengamal Perubatan Swasta (PPS) iaitu salah satu sayap Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya