MAIWP, kontraktor dilantik perlu pastikan surau dibina siap ikut jadual

MAIWP, kontraktor dilantik perlu pastikan surau dibina siap ikut jadual

MOHD Na'im Mokhtar bergambar wakil MAIWP dan ahli jawatankuasa surau di ruang solat utama Surau Al-Firdaus, Presint 11, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mahu surau-surau dalam pembinaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Menurutnya, beliau telah meminta supaya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kontraktor dilantik memastikan perkara itu diberi tumpuan sewajarnya.

“Sekarang ini, kita ada beberapa buah surau dalam pembinaan terutama di Presint 10 dan berdekatan Hospital Putrajaya (HPJ).

“Arahan saya supaya pihak MAIWP dan pihak kontraktor kena berikan tumpuan untuk memastikan surau-surau ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

“Itu harapan saya sebab ini juga harapan daripada komuniti. Penduduk setempat tiap-tiap hari lalu kawasan itu (tapak pembinaan surau) tengok bila surau ini nak siap,” katanya ketika ditemui pada majlis serahan kunci Surau Al-Firdaus di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya (PPj) juga bersedia membantu jika ada sebarang masalah teknikal ketika pembinaan surau berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN