'Mahu lebih ramai bukan Melayu mendaftar di Tabika Perpaduan'

‘Mahu lebih ramai bukan Melayu mendaftar di Tabika Perpaduan’

CHE Roslan Che Daud (empat dari kanan) ketika menghadiri Majlis Jasamu Dikenang di Butterworth, Pulau Pinang, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan terus memperhebatkan kempen bagi menggalakkan lebih ramai kanak-kanak bukan Melayu mendaftar di Tabika Perpaduan selepas ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, sehubungan itu juga, JPNIN di negeri-negeri diseru melaksanakan kempen secara menyeluruh agar kelebihan pengajaran serta pembelajaran yang disediakan di institusi pendidikan itu dapat disebarluaskan.

Beliau berkata, buat masa ini, antara langkah yang diambil untuk meningkatkan pertambahan murid berbilang kaum termasuklah dengan mengambil kira pemilihan lokasi yang tepat untuk pengoperasian Tabika Perpaduan itu.

“Kita galakkan pegawai-pegawai JPNIN di peringkat negeri untuk pilih lokasi strategik untuk sewa premis bersesuaian.

“Kalau boleh, kita ambil kira komposisi etnik yang ada di sekeliling ekosistem supaya penduduk kawasan sekitar boleh menghantar anak mereka ke Tabika Perpaduan yang diwujudkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang 2025 di Perai di sini, petang semalam.

Mengulas lanjut, Che Roslan berkata, berdasarkan statistik yang direkodkan sehingga Februari lalu, hampir 77 peratus daripada 34,889 murid terdiri daripada kaum Melayu mendaftar di Tabika Perpaduan pada tahun ini.

Katanya, murid daripada kaum India pula mewakili 5.6 peratus manakala hanya 1.3 peratus murid daripada kaum Cina yang berbuat demikian setakat ini.

“Kalau kita lihat, kaum Melayu yang paling menonjol berbanding kaum-kaum lain sedangkan Tabika Perpaduan ini terbuka kepada semua bangsa dan etnik.

“Atas sebab itulah kita mahu rancakkan kempen selain mengubah persepsi orang ramai yang menganggap Tabika Perpaduan ini memfokuskan kaum Melayu sahaja,” katanya yang turut menolak persepsi Tabika Perpaduan hanya untuk kaum tertentu sahaja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN