Mahu kekal awet muda, Nazim Othman jalani proses tegangkan muka - Utusan Malaysia

Mahu kekal awet muda, Nazim Othman jalani proses tegangkan muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan lagi rahsia, pelakon, Nazim Othman terbuka berkongsi rutin penjagaan dirinya agar kekal kelihatan muda.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nazim memuat naik video dirinya menjalani prosedure ‘face lifting’ di sebuah klinik estetik demi menghilangkan kedutan halus pada wajah.

“Selepas buat rawatan di sebelah muka nampak macam dah naik (tegang) sikit,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu turut kelihatan berpuas hati dengan rawatan yang dijalaninya di klinik estetik berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji disiplin pelakon itu menjaga imejnya agar sentiasa kelihatan segar.

Malah, ada juga yang menasihatinya supaya tidak melakukan sebarang rawatan pada wajah secara berlebihan kerana imejnya yang sedia kacak.

“Abang jangan ubah banyak sangat. Berpada-pada, bagi kami abang macam Tom Cruise Malaysia sebab kacak dari muda dan tua tak berubah. Sentiasa kacak,” kata seorang netizen.

“Jangan terlebih abang nanti semua lari macam Bulent Ersoy,” komen seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN