LIPIS: Minat mendalam terhadap bidang penternakan mendorong seorang bekas pekerja lombong emas di Kampung Relong di sini meninggalkan kerjaya itu dan kini mengusahakan ladang lembu ‘sado’. Pemilik Farm And TT Zhentfarm, Nurhaffiz Mohamed, 31, berkata, dia menceburi bidang ternakan empat tahun lalu dengan hanya tiga ekor lembu baka Kedah-Kelantan (KL). “Dua tahun kemudian saya berjinak-jinak memelihara lembu sado. Kini, saya memiliki lebih 10 ekor lembu baka sado yang bersaiz besar…










