Lelaki maut tertimbus ketika cari emas di Lipis - Utusan Malaysia

Lelaki maut tertimbus ketika cari emas di Lipis

PASUKAN penyelamat membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus ketika mencari emas di Kampung Berhamah, Merapoh di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang lelaki maut selepas tertimbus di dalam anak sungai ketika menjalankan aktiviti mencari emas di Kampung Berhamah, Merapoh, dekat sini malam tadi.

Mangsa, Ayub Ahmad, 37, dipercayai tertimbus ketika menggunakan sebuah jentera jenis JCB untuk mengorek dasar sungai sebelum turun ke lokasi korekan dengan memakai peralatan “body airline” bagi mencari emas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Razam Taja Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang insiden tersebut pada pukul 10.04 malam sebelum sepasukan empat anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis.

“Maklumat awal diterima daripada pihak polis yang memaklumkan seorang lelaki telah tertimbus semasa menjalankan aktiviti mencari emas.

“Usaha awal menyelamat telah dilakukan oleh pihak polis dan penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Razam, pada pukul 11.15 malam, mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah oleh pihak polis dan orang kampung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN