Lelaki guna van sekolah seludup minuman keras

Lelaki guna van sekolah seludup minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan seorang lelaki menggunakan van sekolah untuk memunggah minuman keras seludup di kawasan parkir di Taman Sri Gadong, Klang dekat sini terbongkar apabila ditahan polis, semalam. 

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, Unit Risikan Marin PPM Pelabuhan Klang melaksanakan Op Kontraban kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun sedang memindahkan minuman keras dipercayai tidak bercukai dari sebuah lori ke dalam van sekolah.

“Lelaki terbabit kemudian ditahan bagi membantu siasatan. 

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan 62 kotak dan 33 crack minuman keras dalam lori terbabit, manakala enam lagi kotak minuman keras berada di dalam van sekolah berkenaan,” katanya di sini hari ini. 

Menurutnya, nilai kenderaan yang disita adalah RM70,000 dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM117,553.97.

Jelasnya, suspek dan rampasan kemudian dibawa balik ke MO PPM Pelabuhan Klang Selangor untuk tindakan lanjut.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terbabit aktiviti pengedaran minuman keras tanpa cukai di kawasan Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, Seksyen 74 Akta Eksais 1976 dan Akta Jabatan Pengangkutan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN