Lebih ideal tahun depan - Luna Maya tidak tergesa-gesa jadi ibu

Lebih ideal tahun depan – Luna Maya tidak tergesa-gesa jadi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Luna Maya, 41, memaklumkan dia dan suami, Maxime Bouttier, 32, buat masa ini enggan tergesa-gesa memiliki zuriat.

Namun, kata bintang filem seram Sumala itu tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.

“Tahun ini sukar untuk kami miliki anak disebabkan terikat dengan kontrak (pekerjaan) dan hal yang lain.

“Bagaimanapun kami tidak menolak sekiranya ia berlaku (kehamilan). Tapi lebih ideal untuk kami miliki zuriat pada tahun depan,” katanya kepada portal Suara.com.

Luna dan Maxime sah bergelar suami isteri pada 7 Mei lepas. Pasangan itu diraikan dalam majlis istimewa yang diadakan di sebuah resort mewah di Bali.

Pemilik nama sebenar Luna Maya Sugeng buat masa ini lebih mengutamakan keinginan membina perkahwinan yang stabil sebelum merancang kehamilan.

“Yang lebih penting buat masa ini adalah kami mengadaptasi hidup sebagai suami isteri,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN