Lapan anggota FRU maut trak bertembung lori batu

Lapan anggota FRU maut trak bertembung lori batu

fru
KEADAAN kemalangan melibatkan trak FRU dan lori di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sekurang-kurangnya lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan di sini sebentar tadi.

Difahamkan, kenderaan membawa 15 anggota FRU termasuk penumpang dan pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.54 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setakat ini mangsa yang disahkan maut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

“Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN