KPDN Terengganu rekod rampasan RM725,439 

KPDN Terengganu rekod rampasan RM725,439 

MOHD. Musfi Lat (dua dari kanan) meninjau penjualan telur ayam menerusi Jualan Rahman Madani sempena Sambutan Hari Penguat Kuala KPDN Ke-53 di Kuala Terengganu,  hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan nilai rampasan sebanyak RM725,439  daripada 338 kes kerana melakukan pelbagai kesalahan dari Januari hingga semalam.

Pengarahnya, Mohd. Mufsi Lat berkata,  jumlah kes tersebut melibatkan 102 di daerah Dungun, Besut (88 kes), Dungun (80 kes), kemaman (39 kes) dan Hulu Terengganu (29 kes) hasil 9,738 pemeriksaan di semua peringkat perniagaan.

“Nilai kompaun yang dikutip daripada kes tersebut berjumlah RM122,400 manakala denda yang dikumpul RM60,000,” katanya selepas majlis perasmian Jualan Rahmah Madani sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-53 peringkat Terengganu di sini, hari ini.

Mohd. Mufsi berkata, tindakan yang diambil itu melibatkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sebanyak 181 kes, Akta Timbang dan Sukat 1972 (114 kes), 

Akta Kawalan Bekalan 1961 (24 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (12 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (enam kes), dan Akta Cap Dagangan 2019 ( satu kes).

“Nilai rampasan yang direkod pada tahun lalu pula kira-kira RM4 juta daripada 571 kes serta jumlah pemeriksaan sebanyak 50,070,” ujarnya.

Beliau berkata, Op Tiris 2025 dan Op Gasak 2025 yang dilaksanakan secara bersepadu bagi membanteras penyelewengan barang kawalan seperti diesel dan gas petroleum cecair (LPG) mencatatkan kejayaan membanggakan.

“Op Tiris 2025 merekodkan nilai rampasan RM431,437.60 daripada empat kes hasil 293 pemeriksaan. Nilai rampasan Op Gasak 2025 berjumlah RM68,065.70 daripada tujuh kes dan 186 pemeriksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN