Kontroversi pemilihan cabang tidak jejas Kongres Nasional PKR

Kontroversi pemilihan cabang tidak jejas Kongres Nasional PKR

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kontroversi yang timbul semasa pemilihan peringkat cabang PKR baru-baru ini tidak akan mempengaruhi perjalanan Kongres Nasional PKR yang dijadual berlangsung di sini, hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, beliau yakin ia akan berjalan dengan lancar dan teratur walaupun mungkin sedikit bergelora.

“Setiap parti ada gelora, itu perkara biasa dalam politik. Kalau tenang sahaja tanpa ujian, parti tidak akan terus maju dan bertambah kuat.

“Ini parti politik yang matang yang mempunyai disiplin,” katanya ketika ditanya pemberita tentang beberapa isu timbul semasa pemilihan cabang, baru-baru ini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor berkata, pemilihan Johor Bahru sebagai lokasi kongres merupakan satu penghormatan kepada PKR negeri.

“Saya berharap Kongres Nasional PKR ini berlangsung dengan jaya, dengan barisan kepemimpinan baharu yang dilantik bakal membawa PKR ke tahap lebih tinggi pada masa depan.

“Saya yakin dengan tokoh-tokoh kepemimpinan daripada pelbagai latar belakang yang dimiliki parti ini,” katanya.

Kongres Nasional PKR dijadualkan berlangsung bermula 21 hingga 24 Mei depan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN