Konflik India-Pakistan boleh jejas import beras negara - Utusan Malaysia

Konflik India-Pakistan boleh jejas import beras negara

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah pada majlis perasmian Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah PPN di Parit Buntar. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Malaysia melihat potensi untuk meningkatkan import beras dari negara-negara jiran bagi berdepan kemungkinan sekiranya berlaku peperangan antara Pakistan dan India.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, India dan Pakistan menyumbang kira-kira 38 peratus import beras ke Malaysia merangkumi beras putih dan beras Basmati.

Menurutnya, sekiranya perang berlaku antara dua negara Asia Selatan itu ia akan memberi kesan terhadap bekalan beras import negara.

“Boleh (import terjejas), kalau pergolakan itu menyebabkan terjejasnya pelabuhan dan jentera mesin di negara mereka. Maka kita kena berusaha. Saya berkeyakinan kedua-dua pihak pun tidak mahu berperang,” katanya kepada pemberita tentang risiko akibat pergolakan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Ketegangan tercetus antara Pakistan dan India susulan insiden serangan berdarah di wilayah Kashmir baru-baru ini sehingga meragut nyawa.

Mohamad berkata, Malaysia sedia berunding dengan Vietnam, Thailand dan Kemboja untuk meningkatkan lagi import beras terutama Kemboja yang mempunyai lebihan beras.

Mengikut laporan pada Oktober lalu, negara Thailand, Vietnam, Pakistan, Kemboja, India, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Myanmar dan Sepanyol merupakan sumber import beras ke Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya