Komander pasukan beruniform disiasat minta suapan RM5,000

Komander pasukan beruniform disiasat minta suapan RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pegawai pasukan beruniform direman lima hari bagi membantu siasatan atas dakwaan meminta suapan berjumlah RM5,000 daripada kontraktor sebuah agensi, malam tadi.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Aina Syakinah Aminuddin di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kerja-kerja pembekalan alatan latihan bagi jabatan tempat suspek bekerja.

Sumber memaklumkan, siasatan awal mendapati suspek sebagai pegawai kanan yang bekerja lebih 15 tahun di jabatan itu meminta dan menerima sebanyak RM5,000 daripada seorang kontraktor lelaki berusia 30-an.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan menerusi Op Perangkap kira-kira pukul 11.30 malam di sebuah restoran di Puchong.

“Wang tersebut dipercayai sebagai suapan bagi memperakukan pembekalan alatan untuk latihan iaitu projek pembekalan kayu bermasak bernilai RM50,000. Ia merupakan projek di jabatan tersebut pada tahun ini.

“Suspek ditangkap ketika menerima wang berkenaan daripada kontraktor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya