Kes 1MDB: Tim Leissner dipenjara 2 tahun

Skandal 1MDB: Tim Leissner dipenjara dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) pada Khamis atas peranan pentingnya dalam skandal berbilion dolar 1MDB.

Lelaki itu mengaku bersalah pada 2018 atas konspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan terbabit konspirasi pengubahan wang haram, semuanya ada kaitan peranannya dalam skandal 1MDB.

Hakim Margo Brodie ketika menjatuhkan hukuman menyifatkan tindakan Leissner ‘kurang ajar dan berani’.

Leissner ketika membaca keterangan di mahkamah kemudian memohon maaf.

“Saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Saya sangat kesal dengan perbuatan saya,” kata Leissner, 55.

Leissner, individu utama yang merancang skim rasuah dan sogokan besar-besaran membabitkan dana kekayaan negara Malaysia, akan mula menjalani hukuman penjara 24 bulan pada September ini, menurut jurucakap Jabatan Kehakiman AS.

Dia sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram di AS dan berdepan hukuman maksimum 25 tahun penjara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN