Kerjasama dengan UMNO, Bersatu hilang percaya terhadap Pas? - Utusan Malaysia

Kerjasama dengan UMNO, Bersatu hilang percaya terhadap Pas?

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO disifatkan sebagai parti itu hilang kepercayaan terhadap rakan politik mereka, Pas.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari berkata, menifestasi itu wujud apabila hasil kerjasama parti pembangkang sudah tidak baik.

“Kita lihat kemampuan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) dalam beberapa siri sebelum ini, boleh melihat keyakinan rakyat bukan sahaja kepada BN tetapi kerjasama Kerajaan Perpaduan.

“Kemenangan ini adalah kemenangan Kerajaan Perpaduan dan rakyat. BN juga banyak menyumbang teras utama kepada perpaduan ini saya fikir didokong UMNO itu sendiri.

“Saya fikir secara umumnya Bersatu dan sebagainya lebih baik penyokong mereka ini kembali menyokong kerajaan perpaduan untuk mengukuhkan lagi kerajaan perpaduan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri,” katanya selepas menghadiri Program Veteran Desa MADANI di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, di sini hari ini.

Adly berkata, berbaki separuh penggal lagi Kerajaan Perpaduan kini lebih memfokuskan khidmat kepada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya