Kereta dipandu kakitangan hotel terjunam ke dalam laut - Utusan Malaysia

Kereta dipandu kakitangan hotel terjunam ke dalam laut

Seorang wanita cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terjatuh ke laut di Jalan Teluk Yu, Pantai Pasir Hitam, Langkawi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang wanita cedera ringan apabila kereta jenis Perodua dipandunya terbabas dan terjatuh ke laut berdekatan Pantai Pasir Hitam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi tadi.

“Kemalangan berlaku semasa mangsa, seorang wanita berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di Pantai Kok.

“Mangsa sedang melalui satu selekoh di Jalan Teluk Yu sebelum tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh ke dalam laut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan ringan kerana terseliuh pada pergelangan tangan sebelah kiri serta luka kecil di lutut kiri.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja di sebuah hotel, di sini telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini bagi menerima rawatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN