Kerajaan tubuh Majlis Penasihat Aset Digital dan AI 

Kerajaan tubuh Majlis Penasihat Aset Digital dan AI 

ANWAR Ibrahim dalam mesyuarat Majlis Penasihat Aset Digital dan kecerdasan buatan (AI), hari ini. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan  bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi memacu pertumbuhan ekonomi global yang daya saing.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata,  majlis tersebut berperanan sebagai satu entiti penasihat strategik bagi memastikan negara menguasai bidang teknologi.

Katanya, ini sekaligus dapat meletakkan negara  di barisan hadapan dalam ekonomi digital dunia.

“Majlis ini akan dianggotai oleh pakar dalam dan luar negara, pemain industri, ahli akademik serta tokoh pemikir dasar.

“Ini bagi  memastikan pendekatan kita bukan sahaja sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa, tetapi juga sesuai dengan konteks Malaysia,” katanya

Beliau berkata demikian dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul turut mengulas berkenaan persediaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke- 46 berkata, penyelarasan rapi antara kementerian dan agensi perlu dilakukan terutama aspek logistik, keselamatan, protokol, dan trafik.

“Bagi menyokong kelancaran sidang, Kementerian Pendidikan akan mengumumkan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di kawasan terlibat. 

“Selain penjawat awam, sektor swasta juga digalakkan melaksanakan kerja dari rumah bagi memastikan kelancaran urusan persidangan mengurangkan tekanan terhadap kemudahan awam dan infrastruktur bandar, membantu kelancaran logistik persidangan nanti,” jelasnya. 

Beliau dalam masa yang sama berkata,  Malaysia bertekad memastikan hasil sidang mencerminkan tindakan konkrit demi kepentingan rakyat dan negara anggota.

Sementara itu, menurut Tengku Nashrul,  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berhubung tindakan ASEAN terhadap isu serantau termasuk krisis kemanusiaan di Myanmar dan cabaran ekonomi akibat tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS).

“Kedua-dua pemimpin turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala susulan lawatan kerja terdahulu dan menyatakan komitmen untuk menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN akan datang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN