Kerajaan perlu fokus kepada industri kajian, penyelidikan

Kerajaan perlu fokus kepada industri kajian, penyelidikan

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bersiap sedia dengan memberi fokus dan penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, perkara tersebut penting untuk diberikan keutamaan selain isu kesan tarif timbal balik yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) kepada negara ini.

Ujar beliau, jika tidak diambil tindakan segera dibimbangi negara akan berada dalam situasi ketinggalan berbanding negara lain.

“Saya juga berharap untuk kita melihat apakah tindakan selepas ini? Adakah hanya tarif sahaja yang menjadi kegusaran kepada kita (negara)? 

“Kita melihat, ada perkara yang kita terlepas pandang kerana ada kuasa-kuasa besar dunia atas nama kemajuan teknologi canggih rupa-rupanya menekan ekonomi Malaysia. Bukan sahaja ekonomi negara malah menekan ekonomi rumah tangga atau keluarga.

“Di atas nama kemajuan teknologi ini, kita terpaksa mengikut teknologi. Disebabkan teknologi ini, kita sebenarnya tidak memberi penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan di Malaysia.

“Saya bimbang kerana kita perlu usaha bersepadu untuk memastikan kitalah peneraju kepada teknologi berasaskan pelaburan sumber asli yang ada dalam negara kita dan bukan hanya sekadar meminjam teknologi yang ada di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 9 April lalu, pentadbiran AS mengumumkan penangguhan 90 hari bagi tarif timbal balik individu bagi kebanyakan negara namun mengekalkan tarif asas sebanyak 10 peratus.

Keputusan itu dibuat untuk memudahkan rundingan dengan lebih 75 negara yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap tarif mengejut itu.

Sementara itu, pentadbiran AS telah mengenakan duti tambahan ke atas import China, menaikkan jumlah kadar tarif ke atas barangan berasal dari China kepada 145 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya