Kemunculan sulung Raja Bollywood di Met Gala - Utusan Malaysia

Kemunculan sulung Raja Bollywood di Met Gala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang Hollywood, Shah Rukh Khan, 59, pada Selasa waktu tempatan membuat kemunculan sulung di acara fesyen berprestij, Met Gala.

Khan hadir ke sesi karpet merah menggayakan kot panjang berwarna hitam hasil rekaan Sabyasachi Mukherjee.

Pelakon filem Mohabbatein itu melengkapkan penampilannya dengan beberapa utas rantai berinisial ‘K’ yang melambangkan namanya.

“Saya tidak pernah gementar seperti ini. Saya terfikir bolehlah saya saya lari dari sini. Saya pemalu.

“Saya selama ini hanya pakai baju T dan seluar jeans,” katanya kepada media tempatan.

Menurut Khan, dia bersetuju hadir ke acara itu atas dorongan anaknya, Aryan dan Suhana.

“Perkara paling seronok tentang Met Gala ialah saya ada anak-anak yang sebenarnya lebih teruja tentang Met Gala berbanding saya,” tulisnya.

Selain Shah Rukh Khan, antara bintang Bollywood lain yang tampil di acara itu ialah Diljit Dosanjh dan Kiara Advani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya