Kelapa sawit pemacu utama peralihan tenaga mampan

Kelapa sawit pemacu utama peralihan tenaga mampan

JOHARI Abdul Ghani (dua dari kiri) mendengar taklimat berkenaan Stesen Suntikan Biometena Berpusat di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Hasrat untuk menjadikan industri kelapa sawit sebagai pemacu utama peralihan tenaga negara ke arah lebih mampan dan hijau bakal direalisasikan dengan pembukaan Stesen Suntikan Biometena Berpusat pertama di sini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, stesen yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku kedua 2026 dibangunkan oleh Gas Malaysia Green Ventures Sdn. Bhd. (GMGV) iaitu anak syarikat milik penuh Gas Malaysia Berhad.

“Stesen GMGV ini dibina secara strategik untuk menerima biometana dari kilang kelapa sawit yang terletak dalam radius 200 kilometer (km) sebelum disalurkan ke dalam rangkaian gas asli negara.

“Inisiatif ini membuktikan potensi sebenar komoditi sawit negara, khususnya efluen kilang minyak sawit (POME) yang berjaya ditukar menjadi gas biometana bersih dan lestari.

“Teknologi seperti ini memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran negara untuk pengurangan pelepasan karbon serta kelestarian sektor perladangan. Ia selaras dengan usaha Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya semasa merasmikan stesen berkenaan, semalam.

Johari berkata, projek berkenaan menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023–2030 (PTBN2030) yang memberi fokus terhadap ekonomi kitaran dan pembangunan tenaga berimpak tinggi daripada sumber biojisim perladangan.

Menurutnya, Inisiatif itu turut menyumbang terhadap Dasar Tenaga Negara 2022–2040 (NEP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN