Kelantan lepasi paras nasional kadar prevalensi diabetes

Kelantan lepasi paras nasional kadar prevalensi diabetes, kolesterol

DR. DZULKEFLY Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada barisan rakan strategik Wellness Hub Kelantan pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Wellness Hub Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan kadar prevalensi penyakit kencing manis atau diabetes dan kolesterol tinggi yang melepasi kadar prevalensi nasional hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dapatan kajian itu menunjukkan sebanyak 16.3 peratus prevalensi penyakit kencing manis direkodkan berbanding paras nasional 15.6 peratus.

“Kes kolesterol tinggi pula berada pada paras 34.9 peratus, iaitu 1.6 peratus melepasi paras nasional pada paras 33.3 peratus.

“NHMS 2023 menunjukkan dapatan yang saya kira sangar membimbangkan walaupun Kelantan mencatat prestasi lebih baik dalam beberapa indikator berbanding paras nasional,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Wellness Hub Kelantan di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, selain itu masalah berat badan berlebihan atau obesiti di negeri ini berada dalam keadaan baik apabila mencatat 51.6 peratus berbanding paras nasional, 54.4 peratus.

Katanya, negeri ini turut menunjukkan prestasi lebih baik dalam kadar prevalensi darah tinggi yang mencatat 27.9 peratus, iaitu 1.3 peratus lebih rendah berbanding paras nasional pada paras 29.2 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN