Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh pangsapuri tingkat 7

Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh pangsapuri tingkat 7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah perumahan awam dekat Presint 9 di sini petang tadi.

 Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan insiden itu kira-kira pukul 2.24 petang tadi daripada petugas di wad kecemasan Hospital Putrajaya.

“Mereka mengatakan telah menerima kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun dalam keadaan berlumuran darah yang dibawa oleh bapanya.

“Pemeriksaan dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut dan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut telah jatuh dari tingkat tujuh di sebuah perumahan awam di Presint 9, Putrajaya.

“Bedah siasat akan dijalankan esok kira-kira pukul 8 pagi.

“Ketika ini, kes tersebut masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN